Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Sunday, November 15, 2009

SYABAB MUSAFIR KASIH

Bermula hanya kerana satau asiment yang perlu disiapkan yang memaksa kami membeli dua buah novel versi Indonesia dan Malaysia. Niat sekadar untuk membuat asiment. Tetapi apabila dibaca keasyikan menjengah jiwa. Syabab Musafir Kasih begitu memikat hati saya. Banyak perkongsian yang boleh diambil dalam buku ini. Sedikit perkongsian mengenai syabab.

Kisah bermula dari sebuah kampung yang dikenali sebagai Pancat dan Lintah. Syabab seorang anak yatim yang berani, pandai berdikari. Kesusahan hidup telah mematangkan syabab. Syabab amat bernasib baik kerana mendapat perhatian daripada kak Mumtaz, jirannya, pelajar UIAM. Kak Mumtaz mengangap syabab seperti adik kandung sendiri. Syabab pula lebih mengasihi kak Mumtaz berbanding adik – beradiknya yang lain. Kak mumtaz berjaya mendidik syabab dari seorang pemalas menjadi seorang yang rajin dari seorang yang pengotor menjadi seorang yang pembersih dari seorang yang berjiwa kecik kepada berjiwa besar dan dari jahil ilmu agama kepada fakih ilmu agamanya. Pada mulanya syabab menjadi ejekan penduduk kampung namun Kejayaan syabab telah membuka mata penduduk kampung. Sikap kepimpinan terserlah, mampu membimbing keluarga dan penduduk kampung kepada jalan islam.

Cinta yang lahir kepada kak mumtaz kerana agamanya, bukan kerana rupa parasnya. Sekiranya diikutkan, kak mumtaz seorang janda dan sudah berumur. Namun beliau memilih kak muntaz sebagai isteri berbanding orang lain. Syabab telah menolak pinangan seorang syekh di syiria juga menolak dijodohkan dengan adik kak Muntaz iaitu Najihah. Najiah begitu membenci syabab pada mulanya. Namun takdir Allah telah membalikkan benci itu menjadi cinta.

Kasihilah orang yang engkau kasihi sekadarnaya
Mungkin dia akan menjadi orang yang engkau benci,
Suatu hari nantai, bencilah orang yang engkau benci
Sekadarnya, mungkin dia akan menjadi orang
kesayanganmu satu hari nanti
(Hadis tarmizi)


Syabab telah memilih kak Mumtaz kerana agama, kerana keiklasanya dan kerana kejujurannya. Semuanya bertitik tolak dari agama. Apabila paham agama, insyaAllah perkara lain akan menjadi mudah. Perhubungan Syabab dan kak Muntaz diuji dengan hasrat seorang syeik dari syiria untuk melihat syabab menjaga cucunya yakni berkahwin dengan cucunya. Kak Muntaz tidak keberatan untuk dimadukan. Alasannya ape, sebab untuk melebarkan dakwah islam. Dialongnya dengan sahanat syabab dari syiria menjelaskan kefahaman islamnya

“Syabab dah kahwin, tetapi tidak semistinya syabab tidak boleh kahwin lagi”

Namun syabab tidak sanggup untuk menduakan isterinya. Melihat pengorbanan isteri tercinta, perasaan sayang makin menebal dalam hati Syabab. Hujjah Rasulullah tidak pernah menduakan isteri pertamanya digunakan untuk menghalang niat isteri kesayangannya untuk memaksa dia bernikah dengan gadis syiria tersebut. Namun isteri yang paham apa itu islam, apa itu dakwah terus memaksa syabab memenuhi keinginan syeik dari syiria itu.

Sekiranya ingin mengetahui sambungannnya saya mencadangkan pembaca sekalian mencari buku ini, SYABAB MUSAFIR KASIH. Yang menjadi menarik buku ini, setiap kali bergaduh atau ada perkara yang berselisih pendapat, mereka akan berhujjah dengan dalil-dalil Al-quran dan Hadis. Cukup cantik untuk dibaca. Bagi saya, ia bukan sekadar novel tetapi sarat dengan motivasi dan pengajaran.

3 comments:

humaira' said...

salam..berminat untuk memberi sedikit komen..memandangkan ana juga sudah mengkhatamkan buku ini pada semester lalu..

ana mengalu-alukan untuk yang lain membaca buku ini..penceritaan awal novel ini yang mengisahkan kehidupan dan penderitaan syabab sememangnya bisa membuatkan air mata kita mengalir..

namun kalian pasti tidak menyangka penulis novel ini bisa memikirkan jalan cerita yang mungkin tak terfikir dek akal kita..bagaimana sibudak hingusan yang pada awalnya begitu dibela oleh seorang kakak dan akhirnya kakak itu menjadi isterinya yang tidak mungkin untuk diduakan..

Subhanaaallah..ia mengajar kita untuk kembali memikirkan betapa segalanya adalah atas perancangan Allah..

namun..itulah yang menariknya novel ini..

Unknown said...

Salam. Ana pun dah baca. Pengajarannya baik. Plot permulaannya baik. Pengakhirannya pun baik. Cuma dipertengahannya agak laju. Apapun, semoga ianya mampu mendidik jiwa. Contohi semangat dan keberanian Syabab.

Cikgu Fasiha said...

salam ziarah. Sabda Rasul, "Assyabab, hammatussyabab" Semangat Pemuda, bermula dari dalam diri sendiri. Ana belum baca lagi buku ni, tetapi daripada huraian cikgu, cukup untuk mendefinisikan bahawa bimbingan dan semangat adalah menjadi keperluan bagi setiap syabab yang ingin menjalinkan untaian rantai perjuangan. Disebalik tegarnya kehidupan dakwah seorang muslimin itu, berdirinya muslimat sebagai pelengkap madah kehidupan.