Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Friday, November 13, 2009

MEKKAH MELAMBAI TOK GURU


Semalam tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah membatalkan hasratnya untuk pergi menunaikan haji. Pembatalan tersebut ekoran sikap khianat dan hasat dengki segelintir pihak yang mempolimikkan tajaan pemergian Tok Guru ke Tanah Suci. SPRM seperti turun rumah tidak bertangga apabila melihat sesuatu perkara berkaitan dengan negeri di perintah Tok Guru. Media pula dengan rakusnya memainkan isu ini di dada media. Satu persoalan, kenapa media hanya berat kepada sebelah pihak. Kenapa tidak dibuka ruang kepada pihak yang lain untuk bersuara, bebas mengemukakan pendapat. Rakyat Malaysia sudah matang dalam berfikir, boleh menilai mana yang baik dan yang buruk. Tidak perlu menyekat kebebasan untuk mengeluarkan pendapat.

Tok guru ulamak yang disegani, bukan di malaysia sahaja malahan seluruh dunia. Tok guru mendapat anugerah Nobel peringkat Asia, adakah dihailightkan perkara ini. Kecermelangan Tok Guru memerintah kelantan dengan islam,pernah dihebohkan secara meluas dalam media. Walaupun ada tetapi kutukan lebih banyak dari pujian. Tidakkah kalian tidak pernah mendengar firman Allah

“Sesungguhnya orang yang paling takutkan aku ialah alim ulamak”

Berani pihak tersebut memperlekehkan ulamak. Miskin sangat ke Tok Guru perlu untuk meminta tajaan pergi menunaikan haji. Adakah MENTERI BESAR sebuah negeri tidak punyai wang. Disini kita sudah boleh berfikir bagi mereka yang hendak berfikir. Ya!!! Ada kebenaranya tok Guru miskin berbanding pemimpin negeri yang lain, berbanding MB yang lain. Tok Guru tolak elaun rumah mencecah jutaan ringgit, menolak elaun perjalanan,menolak elaun-elaun diri semua mencecah jutaan ringgit dan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Tok Guru miskin wang tapi kaya dengan khazanah ilmu,kaya dengan budi pekerti, kaya dengan kemurahan hati.

Tangisan Tok Guru merindukan Mekah begitu menusuk kalbu. INGAT!!!orang yang dizalimi suaranya tiada hijjab di sisi Allah. Orang yang menzalimi, menfitnah Tok Guru akan menerima balasan yang selayaknya.

4 comments:

Unknown said...

Kesian tok guru kan!

ummu harraz said...

salam... knp la ada hasad dan dengki dalam dri manusia terhdp insan yg sangat mulia? semoga ALLAH tunjuk yg benar dan membuat orang yg menegakkan kebatilan terduduk.....

ukashah said...

maka benarlah apa yang telah diberitahu oleh Nabi MUHAMMAD 1500 tahun dahulu, orang yang memilih jalan islam memilih jalan yg sukar, jalan penuh duri, mereka yang berpegang dengan ajaran islam seolah memgang bara api. semua jelas terjadi. ini juga menunjukkan benarnya islam itu, benarnya kerasulan baginda.

humaira' said...

ya Allah..sedih ana baca..kenapa mereka sanggup buat mcm ni..

insyaallah, Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambanya yang sabar dan org2 yang benar kan??