Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 16, 2009

ROGOL DAN SEBATAN

Bapa dipenjara 140 tahun, 40 sebatan kerana rogol anak

Kosmo 17 n0v 2009

KUALA LUMPUR - Seorang bapa dihukum penjara 140 tahun dan 40 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah terhadap sembilan pertuduhan merogol dan mencabul dua anak perempuannya berusia 13 tahun dan 15 tahun.

Hakim Fathiyah Idris membuat keputusan itu sambil menyifatkan perbuatan tertuduh berusia 43 tahun itu sangat menjijikkan dan keji.

Berdasarkan pertuduhan pertama, bapa kepada lima orang anak itu dikenakan penjara 25 tahun dan 15 kali sebatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, manakala bagi pertuduhan kedua turut dikenakan hukuman yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga iaitu merogol mangsa, tertuduh dikenakan penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan, dan bagi pertuduhan keempat dan kelima tertuduh dikenakan masing-masing 10 tahun penjara kerana mencabul mangsa dengan menggunakan jari.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 7 pagi dan 2 petang pada Januari 2006 hingga Jun 2008.

Tertuduh turut dikenakan penjara 50 tahun selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan melakukan kesalahan mencabul anak keduanya mengikut Seksyen 377CA dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, Fathiyah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu berjalan serentak iaitu hanya penjara 25 tahun dan 40 kali sebatan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 Jun 2008.

Satu berita yang menyedihkan. Dimanakah nilai seorang bapa?. Anak-anak mengharapkan perlindungan namun derita yang dialami. Anak sendiri dirogol. Kenapa semua ini berlaku. Tidak takutkah dengan hukuman yang sedia ada?. Kenapa ada yang kita dengar, apabila dikenakan hukuman, dipenjara sekian lama, apabila keluar dari penjara mengulangi perbuatan itu. lagi menyedihkan, ada yang melakukan lebih teruk dari itu. Dulu merogol sekarang merogol dan membunuh.

Bagi pendapat saya, hukuman yang ada sekarang tidak mempunyai roh. Adakah saya menentang undang-undang yang ada sekarang. Ya, kerana saya melihat undang-undang yang telah Allah tetapkan itu penyelesai segala masalah manusia. Kenapa?, sebab Allah menciptakan kita, Allah menciptakan makluk yang lain, Allah menciptakan masalah dan Allah menciptakan jalan penyelesaiannya. Ramai yang tidak memahami apa itu undang-undang islam. Ini meyebabkan ramai yang tersalah tanggapan. Ada suara yang kita dengar, undang-undang islam tidak sesuai untuk di praktikan pada zaman moden sekarang, sekiranya hendak jalankan undang-undang islam, naik unta balik la, balik padang pasir.

Ini jelas menolak kesyumulan Al-Quran itu, tidak mempercayai kalimah Allah dalam Al-Quran. Tidakkah nabi Muhammad telah bagi tahu, Sekiranya kita mengambil undang-undang lain tetapi terdapat undang-undang islam, Allah akan menyesatkan dan menggagalkan hukuman itu. Jelas dapat dilihat sekarang, kes jenayah saban hari, saban tahun makin meningkat.

2 comments:

Pemuda@gamA said...

Rosaknya akhlak manusia, bila hukum Islam dipandang hina.

MiSS WaNa HeRMan said...

jahatnya ayah tu...

astaghfirullah al-azim..