Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Monday, November 2, 2009

saTu KebenARaN


Selesai kertas yang pertama pagi tadi. Cukup melapangkan. Dalam hidup ini aku berpegang dengan satu ayat Allah

"Sekiranya kamu membantu agama Allah nescaya aku yakni Allah akan membantu kamu"

Semua makin jelas. Aku makin yakin berkaitan kata-kata Allah ini. Keyakinan aku makin menebal. Perkara ini bertiti tolak beberape perkara yang berlaku dalam hidup ini. Tarikh peperiksaan akhir makin hampir. Tetapi beberapa urusan berkaitan dengan urusan agama belum diselesaikan iaitu berkaitan Rakan Surau. Perancangan program untuk semeste depan misti dirangka. Ini telah mengambil banyak masa yang aku peruntukan untuk menelaah pelajaran. Tapi aku cukup yakin dengan ayat Allah di atas. Masa tinggal tiga hari sebelum peperiksaan. Barulah ku fokus dalam apa yang hendak belajar. Terdetik juga dalam hati, sempatkah nak study ne. Dah la 3hb ne kertas dasar, esei pulak. Tetapi aku positifkan diri. Aku sujud menyembah Allah yang satu. Memohon petunjuknya, pertolongannya berbekal dengan kayakinan ayat Allah. Ayat ini makin mengukuhkan keyakinan ku.

“Berdoalah nescaya aku perkenankan olehmu”.

Ya! Doa senjata bagi orang mukmin. Teringat aku kepada sebuah lagu

Umat islam harus cemerlang,

Hari ini misti lebih baik,

Dari semalam,

Jangan buang masa,

Siapa kata kita tidak boleh,

Kita ada Allah maha kuasa,

Kita punya kuasa tenaga,

Doa sebagai senjata,

Umat islam sentiasa boleh.

Selesai munajat, ku menghadap buku. Sekali lagi tangan ku tadah merayu kepada Pemilik ilmu agar diberikan ilmunya, agar dipermudahkan urusanku. Belekan pertama membuka kepada satu tajuk. Hati tergerak untuk membaca tajuk itu. Dilihat kepada senarai tajuk yang lain, hati ku tertarik kepada tajuk tersebut. Hati aku begitu berkehendakan agar membaca tajuk itu. Ku turutkan kata hati.

3.11.2009 merupakan tarik yang aku kene bertarung dan berperang di medan peperiksaan. Sebelum masuk ke dewan peperiksaan tangan ku tadah sekali lagi memohon pertolongan dari Allah. Beberapa orang kawan mengiringi bacaan doa ku. Aku tidak keberatan. Di dalam dewan peperiksaan hatiku tidak putus-putus mengharap pertolongan dari Allah. Sampai kertas soalan sekali lagi aku berdoa agar diterangkan hati agar mudah untuk menjawab. Apabila dibuka soalan, hati terasa riang bercampur sebak. Riang kerana apa yang dibaca, itu yang keluar, sebak kerana Allah mendengar suara rintihan hambanya. Dengan lafaz Bismillah, aku menjawab dengan tenang

Sahabat pembaca budiman yang sekalian, janganlah berasa takut untuk melakukan kerja islam. Aku cukup yakin, Allah pasti membantu kalian.


4 comments:

Anonymous said...

Salam..Alhamdulillah..
Itulah kuasa Allah..
Tetapkan hatimu dan sentiasa yakin dengan janji Allah...sesungguhnya janji Allah itu benar..

(Alhamdulillah..syah dah matang & jelas tentang perjuangan...berbeza masa awal2 k.mas kenal dulu..)

ukashah said...

berkat tunjuk ajar dari abag2 n kakak juge..(biarpun umur sama)hehehhe

Anonymous said...

Umur...angkanya sama..tapi shah muda 7 bulan..boleh lagi jadi kakak..

ukashah said...

ye la KAKAK. ADIK mengalah