Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Thursday, November 5, 2009

HIKMAH DISEBALIK HUKUMAN

Isu Kartika, model sambilan mewarnai senario politik negara pada satu ketia. Mungkin isu ini sudah lama. Tetapi apa yang saya ingin perkatakan mengenai hikmah disebalik hukuman sebat tersebut. Apabila hukuman ini hendak dijalankan, terdapat beberape NGO yang dikatakan badan NGO islam menolak hukuman ini. Mereka mentafsirkan hukuman ini zalim. Saya ingin bertaya, dimanakah kezaliman itu. Jikalau diambil dari hukuman sebatan yang dikenakan sekarang memanglah zalim. Saya sendiri pernah pergi melawat sebuah penjara di Terengganu. Saya juga turut difahamkan mengenai hukuman sebat ini. Perempuan tidak dikenakan hukuman sebat kerana hukuman sebat kerana tubuh perempuan tidak mempu untuk menerima sebatan. Hukuman sebat juga boleh menyebabkan keguguran sekirannya wanita terbabit mengandung. Dua sebatan sahaja mampu mengugurkan kandungan. Cukup dashyat.

Apa yang kita harus paham, dalam islam tidak begitu. Hukuman yang ada sekarang hukuman ciptaan manusia. Diambil berpandukan akal manusia semata-mata. Dalam islam ada kaedah tersendiri. Buku hendaklah diletakkan dibawah ketiak. Ini sebagai panduan sekiranya buku tersebut jatuh, maka hukuman itu salah. Tidakmengikut syarat yang ditetapkan. Satu lagi yang harus kita paham, hukuman dalam islam bukan bersifat menghukum, tetapi mendidik seterusnya mencegah.

Banyak juga salah faham yang mengatakan sebat misti menggunakan rotan. Tidak. Pendapat itu salah. terdapat alat lain yang boleh digunakan seperti kasut dan punca kain. Sekiranya hukuman islam itu hendak menghukum, kenapa guna kain,kenapa guna kasut, kenapa diletakkan buku pada bawah ketiak. Pendapat yang mengatakan hukuman islam itu zalim terbatal sama sekali. Saya membangkag sekeras-kerasnya. Allah telah mencipta langit dan bumi. Allah menciptakan jin dan juga menciptakan manusia. Maka DIA mengetahui apa yang perlu dan apa yang tidak untuk hambanya. Saya mengambil satu contoh. Sekirannya kita yang mengcipta enjin kereta, sekiranya rosak tahukah dimana rosaknya? Semistinya kita tahu sebab kita yang menghasilkannnya. Sekiranya diambil barang enjin moto dan di letakkan kepada enjin kereta, boleh ke?. Semistinya jawapannya tidak. Makin rosak ada lah. Ini sama juga degan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita mengambil hukuman yang lain, kesannya kerosakan makin bertambah. Itu yang berlaku dalam masyatrakat kta sekarang. Kes jenayah makin meningkat. Undang-undang yang ada gagal untuk menyelesaikan masalah. Sebabnya kita menggunakan alatan yang digunakan kepada motosikal kita letakkan pada sebuah kereta.

Saya juga ingin membawa satu kajian saintifik mengenai hukuman sebat ini. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Lihatlah, perangcangan Allah itu cukup tepat. Disebalik hukuman Allah itu terdapat penawarnya sekali. Masihkah kita hendak menafikan????

1 comment:

Pemuda@gamA said...

Hebatnya propaganda barat dan yahudi sampaikan orang islam sendiri pun ada islamphobia. Buktinya, takut nak laksana hukum hudud. Bagi ana peristiwa Kartika membuka mata masyarakat tentang tatacara sebenar hukuman hudud dalam Islam. Itu hikmah yang ana nampak. Wallahua'lam.