Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Saturday, October 31, 2009

Aku yAnG DulU 3

Kriiiiiiiigggg!!!!!, bunyi jam locen menjengah gegendang telinga ku. Suasana hening pagi menjengah tubuhku. Syukur kupanjatkan kerna diri ini masih lagi dipanjangkan kontrak nyawa. Maha suci Tuhan yang telah menghidupkan aku dari kematian yang sementara. Masjid! ustaz! Perkara ini mula mengetuk pintu pemikiran. Lantas ku bingkas menyiapkan diri untuk bertemu ustaz untuk kali keduanya. Diharap kekusutan aku akan terungkai. Ku meredah keheningan pagi. Terasa kenyamanan udaranya meyusup ke rongga tubuh. Nikmat kesegaran ku rasakan.

Menjenguh di pintu Masjid, Takdir seolah-olah menyebelahiku. Aku terserempak dengan ustaz sewaktu hendak memasuki masjid. Salamnya mendahului salam ku lantas ku sambut dengan senyuman, tangan kami terpaut rapat. Mata bertentangan mata. “kita jumpe selepas subuh ne ye” sapaan yang memecah keheningan subuh. Seolah-olah ustaz memahami diriku. Sejenak tadi baru ku terpikir hendak mengajak ustaz berbicara. Sekali lagi bicara ustaz mendahului bicaraku. Aku tersenyum gembira. Begitu mudah dia meluangkan masa untuk ku. Ku teringat peristiwa sirah nabawiyah. Nabi Muhammad amat mengambil berat tentang ukhwah. Baginda sering bertayakan masalah masalah yang dihadapi oleh sahabatnya. Persoalan Baginda mendahui pertanyaan sahabat yang lain. Kagum aku dengan ustaz ini, bisik hati kecil.

ALLAHHUAKBAR. takbir diangkat petanda Pemutus segala urusan dunia. Kami menyembah Allah yang satu.

Selesai solat, sekali lagi tangan kami terpaut erat. “jom ke kedai, minum air sambil beborak”. Pelawa ustaz. Merah muka ku, ustaz yang mengajak, pada logik pemikiranku sepatutnya aku yang ajak. “tak payah la segan, ana belanje. Eh, payah ana nak belanje orang ne tau, ana ne kedekut”sambung ustaz sambil berseloroh. Kami menjenguk di kedai berhampiran. “minum ustaz?”, santun pelayan dengan manis. “Anta nak minum apa”, taye ustaz. “Semua boleh balasku segan”. “bagi kami Radik dua. Fuhhh..minuman kesukaan ku, bisik hati kecil sambilmeguir senyuman di bibir.

Kami mulakan perbincangan melalui secawan Radix. Ustaz menambah, banyak makanan yang kita makan sekarang tidak pasti kehalalannya. Mukmin yang kita sangkakan buatan orang islam rupanya milik orang cina, safi buatan kilangg cina, syurah, shahirah zaitun,dan banyak lagi mengandugi bahan bahan tidak selayaknya orang islam makan. Aku terkedu. Kita di tipu dengan jenama prodak islam sambung ustaz lagi. Sebab itulah doa kita tidak berkat dan ia menyambung dalam kehidupan seharian kita.

Sruuup!! Radix panas ku hirup sambil telinga ku tadahkan mendegar nasihat dari ustaz.

Macam mana dengan masalah kamu semalam”. Soalan yang telah menarik perhatian aku. “Madsud ustaz semalam”, ku susun bicara, nak copel, nak keluar makan, berpegangan tangan boleh lah, tetapi kene ada hubungan yang suci. “ yup”. Balas ustaz ringkas. Maknanya, islam tidak menghalalkan budaya copel ini? Sambungku sementara menanti penjelasan dari ustaz. Kamu anak muda yangg pintar. Pandai mengcungkil isi tersirat disebalik ayat. Terlalu pantas pujian dari ustaz buat diriku. Ustaz memetik satu ayat dari surah Al-Baqarah yang bermadsud “jangan kamu mencampuradukkan antara hak dengan yang batil”. Jelaskan ayat ini. Taye ustaz. Sekirannya kamu ingin mengubah seorang perempuan ke arah kebaikan, kamu ingin mendidik dia dari pakai baju adik kepada pakaian fitrah, kamu copel dengan dia, dengan harapan kamu akan dapat mengubah dirinya.

Pada dasarnya perkara kamu ingin lakukan itu baik, ingin mengubah dia,tetapi kamu copel dengan dia dan itu tiada dalam islam. Selkiranya kamu betul nak mengubah dia, jumpe mak ayah dia dan kawin. Itu lebih baik. Terang ustaz degan tegas. Anta harus ingat, wanita merupakan fitnah besar dalam kehidupan manusia. Setiap jengkal tubuhnya menaikan ghairah sesiapa yang meihatnya. Ini kerana disebalik wanita itu ada syaitan. Ustaz memetik satu hadis, apabila wanita melihat kamu, dia melihat dengan pandangan syaitan. Bukan wanita itu syaitan, tetapi syaitan ada bersamanya untuk menggoda lelaki untu mengikut telunjukknya. Jelas ustaz sambil tersenyum. Sudah banyak dalam lipatan sejarah telah menunjukkan mereka yang bertaraf wali pun tersungkur dengan seorang yang bergelar perempuan.

Kita juga harus melihat dengan siapa kita berkawan, ustaz mengambil salah satu intipati hadis yang mengatakan sekiranya kamu berkawan dengan kanak-kanak maka akan bertambah keiginan kamu untuk bermain-mani, sekiranya kawan kamu orang kaya, akan bertambah kamu kecintan pada dunia, sekiranya kawan aku kamu adalah orang miskin, akan bertambah rasa syukur kamu kepada Allah, sekiranya kawan kamu adalah perempuan, makan akan bertambah dan meningkat nafsu syhwat kamu dan sekiranya kawan kamu, sahabat kamu adalah ulamak,orang-orang alim, akan bertambah kecintaann kamu kepada ilmu agama.

Tapi Kalau kita mesej mengenai perkara baik-baik, bagi nasihat ustaz?taye ku mohon penjelasan.

Sruppp.ustaz menghirup Radix membasah tegkuk.

Bersambung..



3 comments:

Unknown said...

Salam...banyaknya sambungan. Nak kena baca sikit-sikit pula.he...ana pun rindukan enta juga. Semua sahabat ana rindukan. Sebab itu, bila ada pos baru dari sahabat sahabiah (bagi yang ada blog) ana akan baca dan tinggalkan komen. Sebagai pelepas rindu....Insya Allah ada peluang kita akan jumpa lagi. Indahnya bersahabat kerana Allah. Moga dipertemukan kita semua di syurga dengan rahmatNya.

Unknown said...

Cerita...menarik...tapi banyak sangat sambungannya. Jenuh menunggu...he..salam imtihan.

ukashah said...

hehehe...cerita seda kene lambat sikit.heh