Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 28, 2010

PRK UPSI


Pilihan Raya Kamus (PRK) melabuhkan tirainya. Sepanjang tempoh berkempen yang dberikan, pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat. Ada yang terpekik-pekik, terlolong-lolong. Tapi kita tinggalkan itu semua. Apa yang hendak dikupaskan, kesedaran politik dan kepentingan politik kampus mula diambilberat oleh Mahasiswa UPSI. Ini satu perkembangan yang sihat. Hampir setiap fakulti menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. PRK tahun lepas mencatatkan jumlah peratusan keluar mengundi sebanyak 60%, namun pada tahun ini meningkat kepada 80% . satu angka yang boleh dibanggakan. Pada pendapat saya, mereka yang tidak mengambil tahu politik, mereka tidak mengambil berat tentang negara. rasionalnya saya berkata sedemikian, kitalah sebagai Mahasiswa yang akan mencorak pemerintahan negara kelak.

Syabas buat mereka yang telah dipilih. Tetapi harus di ingat juga, amanah telah terpikul dibahu kamu. Jangan gunakan kuasa untuk kepentingan peribadi kamu. Berjuanglah untuk kebajikan Mahasiswa UPSI. Serapkan POLITIK NILAI dalam pimpinan kamu. Kita bina landskap politik upsi. Kita ikut cara kita sendiri.

untuk rekod, Mahaisiswa Pendidik telah menghantar 7 calon dan menang 6 kerusi. pimpinan bitara menang 9 kerusi dari dipertandingkan. sebelum ini pimpinan bitara telah menang 6 kerusi tanpa bertanding. ini menjadikan pimpinan bitara menang 15 kerusi dari 21 kerusi yang dipertandingkan tidak termasuk kerusi etnik. sepanjang tulisan ini ditulis, pemilihan wakil etnik sedang berlangsung. mereka dikatakan mampu mengugat pimpinan bitara sekiranya mereka memberikan kepercayaan kepada Mahasiswa Pendidik.

Namun dalam setiap perkara, janganlah kita mengundang kemurkaan ALLAH. DIA telah menetapkan apa yang perlu diikut dan apa yang perlu dijauhi. Saya tinggalkan kamu dengan sepotong hadis nabi di saat akir hidupnya di bumi

" Aku tinggalkan kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi berpegang teguh

Dengan apa yang telah diturunkan iaitu kitab Allah dan sunnah pengajaran Nabi"

Pimpinlah mengikut acuan yang telah ditetapkan. Pimpinlah mengikut Al-Quran dan Al-Sunnah kerana saya cukup yakin disana akan ada keberkatannaya

“SIRRUALA BIRAKATILLAH”

No comments: