Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Friday, October 30, 2009

Aku yAnG DulU 2

Sekiranya pembaca budiman meneliti tulisan saya yang bertajuk aku yang dulu, dapat di perhatikan saya meninggalkan tiga persoalan dalam kisah itu. Sebab itu apabila dibaca dengan teliti, ia seakan-akan sebuah cerita yang tergantung. Saya sengaja meninggalkan tiga persoalan. Persolan pertama mengenai kemana pasangan ana yang lama, siapakah perempuan dalam mimpi ana dan apa yang berlaku pada diri saya sendiri. Saya mendapat komen dari seorang pembaca yang peka akan ketidaklengkapan cerita yang saya karangi. Dia memahami hati saya.


Ketentuan Allah. Kita merangcang dan Allah juga merangcang dan perancangan Allah mengatasi segalanya. Perangcanganku dengan si dia yang dulu agar hubungan kami kekal selamanya. Namn, kebiksanaan Allah dalam merangcang, Allah telah memberikan ape yang aku perlu, bukan ape yang aku hendak. Gadis pertama yang hadir dalam hidup aku kini bahagia bersama suami tercinta. Bakal menimang cahaya mata yang pertama. Alhamdullillah, kebahagiannya bersama dengan suaminya sekarang. Gadis yang kedua juga sedang menunggu detik bahagia juga. Kabarnya dia sudah bertunang. Sekali lagi ku panjat kesyukuran, jodohnya yang selayaknya untuknya telah ditetapkan.

Aku???.. ade ape dengan aku. Apa yang aku dapat. Hanya duka lara??. Tidak. Tidak sama sekali. Ape yang aku dapat ialah ketenagan, syukur kepada pencipta aku. Sekiranya aku meneruskan hubungan yang sedia ada tanpa merujuk kepada PEMILIK HATI INI, dikuatiri, ditakuti mereka tidak bahagia sebagaimana sekarang. Segalanya berbalik kepada pergantungan kita kepada Allah. Aku cukup yakin dan sedar bahawa ALLAH TIDAK AKAN BUAT SESUATU PERKARA TANPA SEBAB. Banyak hikmah yang aku dapat dari semunya. Ramai kawan yang datang memberikan semangt. Rupanya baru kusedar, ramai yang mengambil berat tehadap diriku.

Kini ku lebih tenag menyusun langkah dalam kehidupan seharian. Langkah dihayun makin gagah. Kerna kufaham apa ertinya hidup. Terasa diri ini makin hampir dengan PENCIPTA. Ku termenung memikirkan, apakah yang aku buat dulu mendapat restuNYA atau LAKNATNYA. Kejahilan menguasai diri. Persolan bermain dalam benak fikiran. Mulut diringankan untuk bertanya kepada yang lebih pakar. Para alim, ustaz menjadi rujukan. Kadang-kala terasa juga malu hendak bertanyakan solan ini kepada ustaz. Aah!! Jagan dihiraukan perasaan malu ne, ku menyentap perasaanku sendiri. Telah ku nekad dalam hati ingin berjumpa dengan imam masjid di tempat aku belajar. Ku kuatkan keyakinan itu. Aku tidak tahu dan aku misti bertanya.

Keesokan pagi, ku binkas bangun menyiapkan diri untuk ke masjid, dengan harapan dapat solat subuh bersama imam. Selesai solat, ku beranikan diri untuk berjumpa degan pak imam. Orangnya masih muda. Sopan meyantun, kalimah selamat didahulukan. “assalamualaikum ustaz”. Dijawab dengan senyuman yang manis yang meghilangkan ketakutanku. “waalaikummussalam”, ye ade ape syek. “boleh saya ambil masa ustaz sekejap”?. Ustaz melihat jam, boleh silakan. “Ha, ade pe boleh ana tolong”, taye ustaz. Lantas ku menyusun ayat pertayaan yang pertama. Dalam islam ade copel tak ustaz. Ustaz tersenyum. Emm, orang muda. Ada, jawab ustaz. Persepsi pertama hatiku mengatakan tidak salahlah kalu macam tu. Tetapi, kata ustaz menyambung perbicaraan, ia menyentap lamunan ku tadi. Islam satu agama yang indah, sangat menjaga penganutnya dari perkara yang tidak mendatangkan faedah. Islam amat menjaga keturunan agar melahirkan pelapis islam yang lebih hebat. Copel la, bercinta la, tetapi biarlah ada ikatannya,sambung ustaz lagi. Ikatan?, aku keliru. Ye ikatan. Anta nk copel ke, nk kuar jalan-jalan ke, nak pergi makan ke, nak berpegang tangan ke, boleh. aahhh..keliru bermain difikiranku lagi. Tadi kata tidak boleh, sekarang boleh pulak, siap pegang tangan lagi, bisik hati kecil. Tetapi lepas kahwin, ustaz menyambung dan mengakiri ayatnya. Ayat terakir ustaz itu telah menghuraikan kekusutan yang bermain dipikiran sejak tadi.

Kringgggg, deringan telefon ustaz berbunyi. Ustaz memohon diri untuk beredar kerana kuliah pagi sedang menunggunya. Aku sedikit kecewa. Banyak lagi persolan yang ingin ku rungkai. Anta boleh jumpe ana bila-bila masa, kita boleh berbincang lagi. Jawapan itu memberikan pengharapan kepada ku.

Kami bersalaman dan ustaz berlalu pergi. Ku tanamkan tekad untuk berjumpa dengan ustaz tersebut pada subuh esok hari. Ku ingin rungkaikan kekusutan yang masih bermain di fikiranku.

bersambung

2 comments:

Unknown said...

Hurm...menarik kisah hidup enta. Ana yakin, Allah dah aturkan yang terbaik untuk enta. Tak semestinya yang kita suka adalah yang terbaik untuk kita. Insya Allah, ketentuannya akan datang jua. Tetaplah pada jalanNya. Wallahua'lam

ukashah said...

syukran menyokong ana