Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Friday, October 16, 2009

Coretan Ku




“Mengapa kamu lebih membincangkan mengenai tajuk cinta, perkahwinan. Gatai ke...!!!!dah nak kawin ke.?????

“Eh! terima kasih kerana menulis megenai tajuk-tajuk yang indah dalam blog kamu”...

Itu antara persoalan yang diterima apabila membincangkan perkara ini dalam blog saya. Namun saya terima sebagai satu pandangan yang positif. Setiap sesuatu ade pro dan kontranya. Mengapa kebanyakannya saya memilih tajuk ne xde tajuk lain ke nak bincang. Setelah banyak komen sama ada mmelalui lisan, tulisan, percakapan dan sebagainya, saya mengambil keputusan untuk menjawab. Pada awalnya saya mengambil mudah je soalan yang dituju tetapi pabila berubi-tubi datangnya soalan, maka terdetik untuk menjawab.

Pada mulanya datang beberape individu datang kepada saya bertanyakan mengenai solat sunat istiqarah. Mudah katanya sebab nak kawin la..bertitik dari itu datang lagi beberapa individu bertanyakan solan yang sama. Permintaan dari sahabat-sahabat meyebabkan terdetik dari hati yang kecil ini untuk di pamerkan di dalam blog untuk tatapan insan yang lain. Tidak puas dengan soalan itu, mereka mengcungkil lagi rahsia di alam rumah tangga. Bertanyakan lagi mengenai bagaimana hendak mewujudkan keluarga yang bahagia “baiti Jannati”. Jawapan saya mudah, kembali kepada agama. Semua telah di ajar. Bermula dari perkara yang paling kecik sehingga memerintah sebuah negara. Di dalam dunia perkahwinan juga, kita boleh merangcang untuk mendapatkan anak lelaki atau perempuan. Sampai tahap itu islam mengajar kita. Islam bukan sekadar solat lima waktu, Islam bukan sekadar membincangkan mengenai bab bersuci, tetapi Islam mengajar kita nilai dan erti dalam sesebuah kehidupan. Mengcakupi segenap aspek. Kepada pembaca budiman,saya mencabar kalian sekiranya boleh mengatakan bahawa dalam hidup kita ini satu pun tidak berkaitan dengan islam. Kemukakan kepada saya.

Kembali kepada tajuk perbincangan. Kawan-kawan ini bertanyakan lagi apakah ciri-ciri yang perlu ada pada setiap suami dan isteri. Di sini saya lebih tekankan mengenai suami terlebih dahulu kerana dia merupakan kapten bagi sebuah kapal. Apabila Pincangnya nahoda, maka hancurlah kapal. Mengenai ciri isteri solehan, ia bakal menyusur(tungguuuuuuuuu).

Membina sebuah keluarga bukan main masak-masak macam kecil-kecil dahulu. Tapi memerlukan pemahaman, memerlukan kematangan, memerlukan ilmu. Banyak perkara yang perlu di sediakan sebelum membina sebuah keluarga. Banyak perkara perlu disiapkan. Selalu saya sebut kepada sahabat, apabila kita berkawan, kita kan kenal lain, apabila kita copel, kita akan kenal lain, dan apabila kita kawin makin lainlah kita kenal pasangan kita. Tapi ingat juga wahai sahabat, “Jangan Rampas Kemanisan Cinta Sebelum Tiba Masa Mekarnya”. Terokai filostrofinya.

Bagi sahabat yang bertayakan solan ini, bagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana mereka mengambil berat mengenai aspek ini. Saya bukanlah seorang guru agama, bukan seorang ustaz, tetapi hannya insan kerdil yang berkongsi ilmu sekadar yang ada. Mungkin mereka malu dengan ustaz-ustaz yang lain dan mungkin saya lebih mereka selesa untuk dibawa berbicara.

No comments: