Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 19, 2009

BINGKASAN HATI


Ramadan telah melabuhkan tirainya, kini Syawal telah kembali ke tempat putarannya. Bagi mereka yang menghayati kehebatan bulan Ramadan ini, kesedihan amat terasa. Diriwayatkan bahawa para sahabat nabi dahulu mereka bersedih selama enam bulan pertama apabila ramadan meninggal pergi. Mereka kembali gembira apabila masuk enam bulan yang berikutnya. Mereka akan menunggu dengan penuh pengharapan agar ditemukan dengan bulan yang hebat dan penuh keberkatan ini. Saya disini ingin mengajak pembaca yang budiman sekalian agar menilai kembali tarbiah ramadan yang telah kita jalani dahulu. Diimbau bulan Ramadan, kita mudah melakukan amal kebaikan, surau dimarahkan, solat jemaah dihidupkan. Tapi kenapa bila tamatnya Ramadan, seolah-olah tamatnya diri kita untuk mengerjakan amal ibadat yang telah dilakukan. Surau kembali lengan, jemaah kembali kurang. Wahai para sahabat, wahai hamba Allah, saya merindukan kehadiran para sahabat di rumah Allah, menghidupkan suasana rumah Allah seperti dahulu.

“Hanya orang yang beriman yang layak untuk memakmurkan rumah Allah”

Maka jadilah kita tetamu-tetamu Allah samaada dalam solat dan majlis ilmu.

Bulan kemenangan umat islam turut berangkat pergi. Dibelek kitab sirah, Kita melihat dua peperangan besar yang berlaku di dalam bulan ini iaitu perang Hunain dan perang Khandak. Perang Hunain telah mengajarkita bahwa, bilanagan yang ramai belum tentu menjanjikan kemenangan di dalam islam. Dalam erti kata yang lain, bilangan angota tentera bukan perkara pokok yang dilihat dalam kemengan sesutu peperangan sebaliknya Tawakal kepada Allah, penyerah diri kepada Allah, kunci segalanya. Umat islam yang ramai hampir dikalahkan tetapi panglima yang berani Nabi Muhammad telah menyatukan kembali barisan yang telah berpecah. Tidak berundur Baginda walau setapak ke belakang malahan mara kehadapan, memburu janji Allah.

Perang kandak mengajar kita sifat pergantungan kepada Allah sangat penting.

“Sekiranya enkau menolong agamaku, nescaya aku akan tolong kamu”

Timbul satu persoalan disini. Adakah Allah itu berkehandak?. Sekiranya tiada, kita maka tiadalah islam? . “LA”..tidak sama sekali. Allah telah berfirman, sekiranya tiada dari kalangan manusia yang sanggup membela agamannya, maka Allah sendiri akan menjaga agamanya. Allah Cuma ingin memberi kemuliaan kepada manusia,kepada hambanya untuk ditempatkan di tempat yang selayaknya. Tetapi harus di ingat, perjuangan islam tidak dijanjikan dengan hamparan permaidani merah, tidak dijanjikan dengan wang ringgit, tidak dijanjikan dengan kemewahan dan kesenangan, tetapi penuh dengan ranjau onak dan duri, penuh dengan kesukaran penuh dengan kepayahan. Hanya mereka yang betul-betul tabah dan iklas akan melepasi setiap ujian ini. Jalan ini cukup pelik, cukup getir, mereka yang tidak iklas bakal di tapis oleh Allah.

"Ya Allah, tuhan yang membolak balikkan hati ini, kekalkanlah hati dengan islam. Kekalkanlah diri ini sentiasa dilandasan jalanmu ni".

Kembali kepada tajuk. Perang Khandak telah mengajar kita bahawa pergantungan kepada Allah adalah kunci segalanya. Perang ini juga mengajarkita bahawa selain berusaha, kita jangan lupa menadah tangan, meminta kepada Allah. Direnug kembali sirah, dengan keadaan yang tersesak, umat islam dikepung dari segenap penjuru, Nabi Muhammad tidak putus-putus berdoa agar di selamatkan islam. Maka umat islam di berikan kemengan oleh Allah tanpa berlaku perang yang besar. Hanya segelintir kecil sahabt syahid. Pertolongan Allah datang dari langit dan bumi. Allah mengutuskan tentera Malaikatnya, pasirnya, aginnya dan airnya bagi menghapuskan tentera kafir laknatullah. Sekiranya dirujuk kembali ayat di atas tadi, maka benarlah janji Allah bahawa Dia akan menolong sesiapa Yang menolong agamanya.

Seiklasnya diri ini merasakan tidak layak utuk membicagka perkara ini. Terasa diri ini betapa kecil dan kerdil, penuh dengan dosa. Namun diharap sedikit coreta ini memberi input kepada pembaca sekalian.

No comments: