Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 10, 2009

MISTERI PURDAH


Penulisan ini merupakan pandagan dan pendapat peribadi. Sekiranya ada kesilapan mohon yang bijak panda menegur agar saya tidak terpesong jauh. Muslimat dengan purdah. Secara personal,saya amat mengagumi perempuan yang memakai purdah. Timbul satu perasaan dalam diri yang mengatakan, perempuan itu sangat hebat. Bagi saya juga, ia cukup misteri , penuh dengan tanda tanya. Siapakah pemilik disebalik purdah itu. Tiap kali melihat perempuan yang memakai niqab ne, saya akan tenung sambil meneroka misteri di sebalik niqab. Kadang kala, tangan tangkas melakar potret,setangkas jelingan mata. Mungkin akan ada orang berpandangan saya tidak menjaga mata. Tetapi, saya memandang dari sudut hikmah di sebalik tuntutan syarak itu. Bukan dari pandagan nafsu, tetapi pandangan kehebatan dan kekaguman.


Hebatnya perempuan itu, menjaga maruahnya sedekimian rupa. Saya juga teringat mimpi yang saya alami sewaktu membuat solat istiqarah. Adakah harus diteruskan hubungan selepas hadir orang ketiga ( ne dulu ). Perempuan yang muncul dalam mimpi sayajuga memakai purdah, walaupun dia bukak purdah tersebut dihadapan saya, tetapi saya gagal untuk melihatnya. Mugkin masa belum tiba atau mungkin imiginasi membawa ke alam satu lagi atau juga mungkin ini sekadar satu mimpi. WALLAHHUAKLAM.

Tiada kata-kata yang dapat saya utarakan untuk menunjukkan betapa kagumnya perasaan saya melihat wanita berpurdah. Kepada wanita, perempuan atau muslimat yang sudah memakai purdah, kekalkan, kerana engkau seorang yang sangat hebat. Dikau meninggikan hukum Allah, maka Allah memuliakan kamu di pandangan makluk.

4 comments:

Unknown said...

Salam. Wah, siapa wanita berpurdah itu? Mimpi yang indah? Ada doakan enta dapat isteri yang solehah, tidak kira berpurdah atau tidak. Insya Allah.

ukashah said...

syukran sahabat. ana cukup yakin,doa sahabat kepada sahabat tiada hijab d cc Allah. ana pun doakan anta dapat yang terbaik dalam hidup. nak makan nasi miyak bg tahu ye,ana nak p tolong, basuh pinggan pun xpe..

ummu harraz said...

salam cikgu shah, entry yg sgt bgs... smoga menjadi aspirasi kepada muslimah yg mahu memakai niqab . byk halangan dalam memakai niqab pada zaman sekarang ni, mereka digelar extremnism dan selalunya tidak mendapat sokongan insan2 terdekat... semoga waniat seperti ini mampu berdiri sendiri... semoga makin banyak entry tetang purdah yg memberi semangat n aspirasi kpd wanita yg berniqab dan mahu berniqab.

Cikgu Fasiha said...

Insha'Allah wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik..
Berdiskusi mengenai purdah ini mengingatkan ana pada seorang Ustaz yang belajar di Al-Azhar, Mesir. "Ramai muslimat pakai saja purdah, tapi mata melilau ke sana sini."
Ujian cukup hebat bagi si pemakai purdah.. Namun, kenikmatan terasa bila matlamat utama memakai purdah direalisasikan.. pernah ana bertemu seorang muslimat pondok yang walaupun memakai purdah Ninja (niqab yang menampakkan dua pasang mata sahaja), tapi pandangan masih ditundukkan.. tapi apa yang lebih penting, pandangan hati yang harus ditundukkan..