Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Monday, October 5, 2009

Menyingkap Solat Sunat Istikharah

Solat sunat istiqarah merupakan satu amalan yang dilakukan untuk mendapat petunjuk Allah mengenai pilihan yang tepat sekirannya hati terbelah kepada dua kehendak. Terutama mereka yang ingin memilih pasangan hidup. Ada pun keputusannya tidak semistinya datang menerusi mimpi. Allah akan tunjukkan dari pelbagai aspek seperti tingkah laku, perbuatan, sikap dan rasa kecenderungan kepada pihak mana. Dalam perkara jodoh ini, doa mak ayah sangat penting. Mintak juga kepada mak dan ayah untuk mendoakan untuk kebaikan kita. Mak ayah merupakan wali keramat yang doanya tiada hijab di sisi Allah. Taatlah kepada mak ayah hatta mereka pelacur, taatlah selagi mereka tidak menyuruh kita melakukan perkara yang terlarang di sisi agama Allah. Disamping doa mak ayah, kita juga perlu mengusaha sendiri. Bagi pasangan pula, minta kepada pasangan agar membuat solat istiqarah juga. Dalam perkara ini, lelaki dikatakann lebih mudah untuk mendapat ilham dari Allah. Harus juga diigat kepada sahabat yang hendak berkahwin, hubungan ini bukan sahaja hendak di bawa atas dunia sahaja, bukan ke anak cicit, tetapi perkahwinan ini akan membawa ke Syurga Allah. Mengenai cara memilih pasagan InsyAllah kita kan bincangkan dalam tajuk yang lain

Solat ini harus dilakukan kerap kali, tidak cukup sekadar sekali dua. Selain itu, minta doa para sahabat, kawan rapat kerana doa sahabat kepada sahabat juga tiada hijjab di sisi Allah. Di sini sesikit perkongsian ilmu dari saya mengenai solat sunat istiqarah


1 Niat


Sahaja aku sembahyang solat sunat istiqarah dua rakaat kerana Allah taala


2 selepas membaca fatihah pada rakaat pertama bacalah surah kulliya. Sekiranya ingat bacalah surah yasin, rakaat kedua bacalah surah kulhuwallah sekiranya igat bacalah surah Al rahman. Bacaan selepas Al fatihah tidak terbatas, boleh di baca apa sahaja surah yang sahabat ingat.


3 ketikad dalam sujud akir baca


Laaila hailla anta, subhanakainni kuntumminalzolimin


(Sekadar termampu, pilih bilangan ganjil)


Dalam hadis ade mengatakan sesiapa yang membaca doa diatas sebayak tiga kali, nescaya Allah akan makbulkan doanya


4 . selepas solat, istifar banyak-banyak dan berdoa


Atau pun...


Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

  • Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  • Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  • Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  • Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)


Cara2 melakukan solat ini lebih kurang sama dengan apa yang saya gariskan seperti awwalannya.

Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Doa Solat Istikharah

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Dalam hadis ini, Nabi s.a.w. menganjurkan agar seseorang yang mempunyai hajat itu menyebutkan hajatnya di pertengahan doa agar diberi petunjuk oleh Allah s.w.t..

Selepas selesai solat, sebolehnya jagan bercakap lagi dan teruskan tidur. Seelok-eloknya tidurlah sebagaiman cara nabi Allah Muhammad tidur. Bacalah doa yang diberikan semasa sujud akhir tadi sehingga tertido. Sahabat dinasihatkan supaya melakukan berulang kali.

Sekian perkongsian ilmu dari saya. Sekiranya ada perkara yang tidak difahami boleh menghubungi saya 0194374417.

Selamat beramal

Ukashah..

No comments: