Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 28, 2009

Aku yAnG DulU

Selesai solat maghrib tadi, terdetik di hati untuk berkongsi dengan sahabat mengenai kisah silam ku dulu. Terlebih dahulu, kisah ini bukan untuk riak atau perkara yang sekufu dengannya. Fitrah manusia yang suka kepada makluk yang berlainan jantian dengan kita. Aku pun tidak terlepas dengan benda ini. Pemegang jawatan pengerusi PRA-U di sekolah lama cukup untuk aku dikenali ramai. Boleh dikatakan, sekiranya pelajar sekolah tersebut tidak mengenali aku, maka dia bukan dari sekolah itu. Langkahku di perhatikan di setiap pejalanan. Aktif dalam kokurikulum terutama dalam berpesatuan dan kadet polis menjadi pilihanku. Banyak aku mengukir nama sepanjang bergiat dalam kadet polis. Ditakdirkan oleh Allah, banyak kejayaan yang dicapai dan perkara yang paling ku kenang ialah mewakili platun daerah dalam acara menembak. Semasa menyertai pertandingan menembak pada pertama kali, sudah terselit di dalam benak yang kecil untuk pergi jauh dalam acara menembak ini. Akirnya impian ini tercapai. Aku di senaraikan antara top 10 penembak negeri. Makinlah diri ini dikenali ramai. Hehehhe

Berbalik perkara utama yang hendak diceritakan. Aku tinggal segala persatuan, kadet, bola tampar dan permainan yang lain. Tetapi sekiranya adik-adik menjemput untuk memberi nasihat, boleh lagi terutama kadet polis yang disayangi. Dalam ramai kekawan perempuan, aku cukup tertarik dengan seorang perempuan ne. Gelaknya, bicaranya, sikapnya cukup menarik hati ini. Dipendekkan cerita kami pun copel la. Dia seorang yang pandai berdikari, cukup matang. Pandai jaga hati. Makin hari makin sayang. Hubungan ini dikuatkan lagi dengan restu mak ayah dia.

Terlintas lagi di benak ini untuk memanjangkan hubungan ini. Bukan sekadar copel sahaja. Namun Terdetik sejenak dalam hati yang jauh, Ajal maut, jodoh pertemuan semua rahsia Allah. Aku bertaya pada diri ku sendiri adakah dia ini pasangan aku yang telah ditetapkan. Adakah dia dari tulang rusukku yang hilang. Ini mendorong untuk diri ini merapatkan diri dengan PEMILIK hati ini. Aku buat solat istiqarah dan si dia pun sama. Ku terus bermunajat kepadaNYA. Ditakdirkan Allah, Hadir dalam mimpi itu satu suara yang mengatakan bahawa di bukan jodohku. Suara itu sangat jelas sampai aku terjaga dari tidur. Tapi akibat sayang teramat sangat, aku degil, Ku masih teruskan hubungan itu. Bermula dari itulah krisis sedikit demi sedikit berlaku. Silap yang kecil menjadi besar. Diri menjadi cukup sensitif dengan setiap perkataan dan perbuatan. Aku terus lagi bermunajat. Jawapan yang sama hadir dalam mimpi. Hampir tiga bulan aku bertahan, tetapi jawapan yang sama hadir dalam mimpi itu. Akirnya hampir satu minggu mimpi ni datang berterusan dan suara pada hari yang akhir menyedarkan aku. Suara itu mengatakan dengan keras, DIA BUKAN HAK KO. KENAPA KO DEGIL. Kerana dek tepikan yang kuat aku terjaga dengan tubuh berpeluh. Setelah membuat perbincangan, dengan keputusan yang berat, Kami ambil keputusan untuk mengakiri hubungan itu. Sekarang dia dah kawin dan bakal menimang cahaya mata. Kepada pembaca sekalian, harap kalian doakan kebahagian sahabat aku ni.

Masuk menara gading, merasai pengalaman hidup yang baru. Pada mulanya cukup mencabar. Tetapi pengalaman makin mematangkan kita. Sem demi sem, ia mengajar diri kita satu perkara yang tidak dapat di ajar oleh mana-mana pensyarah, PENGALAMAN. Tertarik dengan suasana sekitar melihat pemuda dan pemudi bercopel, terdetik lagi diri ini untuk bercopel. Tetapi masih sayangkan awek yang lama(masa belum kawin). Ku pemdamkan dulu perasaan ini. Biarlah. Banyak lagi masa. Datangnya seorang gadis dalam hidup ini. Pertemuan hanya bermula dengan senyuman telah melahirkan bibit-bibit cinta. Kami tidak mengambil masa untuk kenal. Hubungan ini diuji lagi dengan orang ketiga.(huhuhuh sedih). Sebelum meneruskan hubungan ini, kami melakukan solat sunat istiqarah dan aku mendapat jawapannya. Dalam mimpi itu aku melihat aku keluar dengan dia, tetapi di sisiku ada seorang perempuan, bertudung labuh menutup tubuh lingkup, berada disebelahku, memegang bahuku erat. Aku terjaga dari tidur. Aku terpikir adakah ini mimpi atau petunjuk. Kuteruskan solat Istiqarah. Perkara yang sama berlaku. Ada seorang hamba Allah yang berjubah, bewarna kuning langsat, bertudung labuh, berada di tepi ku. Aku mula yakin pasangan yang ada sekarang bukan tulang rusuk ku.

Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ialah kekuatan solat sunat istiqara itu. Hubungan bukan sekadar keluar makan, berpegang tangan, mengambil berat, tetapi lebih dari itu. Hubungan ini hendak di bawa ke alam rumah tangga dan seterusnya ke alam Syurga. Perjalanannya cukup jauh. satu lagi hayati madsud solat Istiqarah itu. "YA ALLAH, sekiranya dirinya baik untuk ku maka permudahkan ia bagiku dan sekiranya tidak baik untuk ku dan agama ku, hindarkan ia dan redoilah aku dengan setiap ketetapan mu". Nasihat aku, “JANGANLAH KITA MERAMPAS KEMANISAN CINTA SEBELUM TIBA MASA MEKARNYA”. Cinta kita bukan sekadar mendapat restu mak ayah, tetapi yang lebih penting mistilah mendapat restu dari PEMILIK kita, PENCIPTA kita. Cinta kerana nafSu tidakkan kekal lama. Percaya la. Cinta kita kerana Allah,itulah kan bahagia. AJAL MAUT, JODOH PERTEMUAN, semua rahsia Allah. Bina la hubungan dengan restu Allah. Bukan keiginan nafsu. Sama sama kita fikirkan, adakah hubungan cinta kita sekarang cinta nafsu atau cinta Allah, mendapat restu atau LAKNAT ALLAH.

No comments: