Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 8, 2009

salam cikgu pendidik

CIKGU...istilah keramat yang akan disebut,yang akan diingat sampai mati. Pepatah melayu ada menyatakan, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa. pengorbanan guru tiada taranya. Di dalam agama islam sendiri mengajar kita untuk menghormati guru. Namun perkara yang menjadi perbahasan, adakah guru pada waktu dahulu lebih baik dari masa sekarang. Jika dilihat, Gaji guru pada masa dahulu tidaklah sesenang pada maasa sekarang, namun ia ampu melahirkan ramai golongan intelektual yang mempunyai pandangan dan visi yang gitu. pemimpin yangmampu mengegarkan dunia.

Namun pada masa sekarang terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada guru, guru makan gaji, guru kak bank, cukup bulan dan pelbagai lagi. mungkin itu merupakan seorang guru. Tetapi di dalam islam pendidik dan guru merupakan glongan yang berbeza. Guru ialah orang yang mengajar apa yang terdapat dalam silives mata pelajaran manakala pendidik merupakan orang yang mengajar pelajar menjadi manusia yang berguna. istilah yang tepat yang mungkin boleh digunakan ialah murabbi.

saya sangat mengagumi pendidik tempat saya bersekolah dahulu iaitu sekolah menengah kebangsaan Ajil diman pendidiknya sangat tekun dalam mendidik. tidak kisah mengorbangkan waktu semata-mata membuat kelas tambahan, tanpa dikenakan sebarang bayaran. ada yang jarak dari rumah ke sekolah mencecah 40 Km, namun itu bukan satu halangan.

Saya juga terigat kepada seorang ustaz yang datang memberikan pengisian pada bulan ramadan. saya bertindak sebagai pengurus slot. Selepas habis program, dia membuat tawaran kepada saya untuk memberikan kuliah dilain hari secara berkala. melihat kepada jaraknya yang jauh iaitu di Petaling Jaya, saya menolak dengan megatakan jaraknya yang jauh. dengan tenag ustaz menjawab, jarak bukan penghalang dalam menyampaikan ilmu dakwah. Beliau cukup mencontohi tngkah laku Iman Al Banna. beliau akan pergi kepelusuk tempat untuk menyampaikan dakwah. Ini lah baru dikatakan pendidik atau SANG MURABBI.

Kepada bakal-bakal pendidik, jadi pendidik yang sebenarnyak iklas dalam mendidik. erti hidup pada memberi dan memberilah dengan kasih sayang kerana sekiranya apa yang kita berikan adalah dari hati kita, ia akan sampai ke hati pelajar kita..semoga kita menjadi SANG MUROBBI yang tulin

Selamat berjuang SANG MURABBI..


No comments: